Bahan-bahan
Bahan A
Udang 500 g
5 Labu Bawang Merah
3 Ulas Bawang Putih
4 Batang Cili Merah
4 Batang Cili Hijau
3 Batang Cili Padi
6 cm Halia
Bahan B
1 Biji Tomato (potong 8)
1/2 Cawan Air Asam Jawa
Garam
Serbuk Perasa
Minyak
Cara-cara
- Basuh udang dan tos kan
- Kesemua bahan A dihiris.
- Panaskan minyak sebanyak 3 sudu besar.
- Apabila minyak panas, tumiskan kesemua bahan A sehingga naik bau.
- Masukkan udang dan air asam serta garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Apabila mendidih, masukkan tomato
- Gaulkan sehingga rata
- Masakan sedia untuk dihidang
**jangan masak udang terlalu lama kerana akan menyebabkan udang menjadi keras dan hilang rasa manisnya.

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.