Friday, 19 October 2012

Udang Butter / Butter Prawn.





Hidangan Istimewa Hujung Minggu.

Bahan-bahan

1kg Udang basah di buang janggut, di bersihkan dan di tos.
100gm Tepung Jagung.
1 biji Telur Ayam yg telah dibasuh.
250gm Butter.
5 tangkai daun kari di raut.
6 batang cili padi dihiris.
3 ulas bawang putih di titik.
1 Tin susu cair sejat / 11/2 cawan susu segar.
Garam dan serbuk perasa secukup rasa.
500ml minyak masak.

Cara-cara

Cara 1:
-Tuangkan tepung jagung keatas Udang kemudian masukkan 1 biji telur dan sedikit garam. Gaul perlahan hingga rata.
-Panaskan minyak dan goreng udang selama 2 minit. angkat dan toskan. 
**pastikan minyak betul2 panas sebelum menggoreng.

Cara 2:
-Asingkan minyak goreng serta hampas gorengan tadi atau gunakan kuali yang bersih dan panaskan kuali.
-Masukkan Butter kedalam kuali ratakan hingga cair.
**jangan gunakan api terlalu besar atau terlalu kecil.
-setelah butter cair masukkan 3 Ulas bawang putih yg telah dititik, cili padi yang telah dihiris bersama daun kari. tumis seketika dan masukkan udang yang telah di goreng tadi. kacau hingga rata.
-akhir sekali masukkan 1/2 tin susu cair sejat atau 11/2 cawan susu segar.
-masukkan sedikit garam dan perasa makanan secukup rasa. gaul rata selama 1 minit dengan api paling besar.
-makanan sedia untuk di hidang.

**Saya gunakanCili Padi didalam hidangan ini hanyalah sebagai pembuka selera sahaja.

SELAMAT MENCUBA dan SELAMAT BERHUJUNG MINGGU.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.