Tuesday, 23 October 2012

Kari Daging



Kari Daging

Bahan-bahan

500gram daging dihiris, di bersihkan dan di tos.
1 labu bawang besar.
3 ulas bawang putih.
10cm halia sebesar ibu jari.
5 tangkai daun kari diraut.
1 batang kayu manis.
3 kuntum bunga lawang.
6 biji buah pelaga.
1 sudu besar biji sawi.
150gram serbuk kari daging.
1.5 liter air bersih.
2kg santan segar.
1 1/2 cawan minyak masak.
garam dan serbuk perasa secukup rasa.

Cara-cara

-Bawang besar, bawang putih dan halia di kisar halus.
-Panaskan minyak dan tumis bahan yang di kisar sehingga naik bau.
-Masukkan daun kari, buah pelaga, kayu manis dan biji sawi. kacau rata anggaran 1/2 minit.
**untuk proses ini api besar tidak digalakkan.
-Masukkan serbuk kari daging dan kacau selama 1/2 minit dan masukkan 1.5 liter air bersih. kacau hingga tiada ketul-ketul serbuk kari.
-Masukkan daging bersih yang telah di toskan kemudian renehkan selama 10minit.
-Masukkan santan, garam dan serbuk perasa. Kacau rata sehingga mendidih.
**untuk proses ini api besar boleh digunakan.
Sajian sedia di hidang dan di nikmati untuk 2-3 orang.

Sunday, 21 October 2012

Sambal Sardin




Gambar: Sumber.

Bahan-bahan.

1 tin Sardin cap ayam / cap Botan.
100gm cili kering sipotong serong direbus dan dikisar halus.
halia sebesar ibu jari di potong stick.
3 biji kentang dibuang kulit potong dadu besar.
1 biji Tomato potong wedges.
1 labu bawang merah dipotong slice.
2 ulas bawang putih di titik.
1 cawan air asam jawa.
3 cawan minyak masak. 
1 1/2 cawan minyak masak.
garam dan serbuk perasa secukup rasa.

Cara-cara

-panaskan minyak dan goreng kentang hingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
-Panaskan minyak dan masukkan halia dan bawang putih. tumis hingga naik bau.
-tumis cili kering yang di kisar sehingga naik minyak.
-masukkan sedikir air asam jawa garam dan serbuk perasa. kacau hingga rata.
-masukkan sardin, tomato, bawang merah slice, kentang goreng dan kacau hingga rata.
-masakan sedia di hidang.


Friday, 19 October 2012

Spaghetti aglio-olio.


Spaghetti aglio-olio

Gambar : Sumber.

Bahan-bahan:

1 bungkus Spaghetti di rebus dan di tos.
1 biji cili benggala merah di potong dadu.
1 biji cili benggala hijau di potong dadu.
1 biji cili benggala kuning di potong dadu.
1 pokok daun sup english / English Parsli di hiris.
1 batang lobak merah dipotong dadu.
3 sudu besar minyak zaitun / Olive Oil.
1/2 sudu lada hitam yang dikisar separuh kasar
garam secukup rasa.

 Cara-cara

-Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun dan semua sayur-sayuran yang telah di potong dadu tadi.
-Kacau rata 1/2 minit kemudian masukkan spaghetti dan garam secukup rasa.
-Kacau sehingga rata selama 2 minit kemudian masukkan 1/2 serbuk lada hitam dan tutup api. 
-Kacau hingga rata dan angkat.
-Tabur daun parsli diatas hidangan dan sedia untuk dihidang.

**untuk menambahkan lagi rasa boleh tambahkan bawang putih yang dipotong dadu.
**sepanjang memasak dilarang menggunakan api yang terlalu kuat dan jangan masak terlalu lama.




Udang Butter / Butter Prawn.





Hidangan Istimewa Hujung Minggu.

Bahan-bahan

1kg Udang basah di buang janggut, di bersihkan dan di tos.
100gm Tepung Jagung.
1 biji Telur Ayam yg telah dibasuh.
250gm Butter.
5 tangkai daun kari di raut.
6 batang cili padi dihiris.
3 ulas bawang putih di titik.
1 Tin susu cair sejat / 11/2 cawan susu segar.
Garam dan serbuk perasa secukup rasa.
500ml minyak masak.

Cara-cara

Cara 1:
-Tuangkan tepung jagung keatas Udang kemudian masukkan 1 biji telur dan sedikit garam. Gaul perlahan hingga rata.
-Panaskan minyak dan goreng udang selama 2 minit. angkat dan toskan. 
**pastikan minyak betul2 panas sebelum menggoreng.

Cara 2:
-Asingkan minyak goreng serta hampas gorengan tadi atau gunakan kuali yang bersih dan panaskan kuali.
-Masukkan Butter kedalam kuali ratakan hingga cair.
**jangan gunakan api terlalu besar atau terlalu kecil.
-setelah butter cair masukkan 3 Ulas bawang putih yg telah dititik, cili padi yang telah dihiris bersama daun kari. tumis seketika dan masukkan udang yang telah di goreng tadi. kacau hingga rata.
-akhir sekali masukkan 1/2 tin susu cair sejat atau 11/2 cawan susu segar.
-masukkan sedikit garam dan perasa makanan secukup rasa. gaul rata selama 1 minit dengan api paling besar.
-makanan sedia untuk di hidang.

**Saya gunakanCili Padi didalam hidangan ini hanyalah sebagai pembuka selera sahaja.

SELAMAT MENCUBA dan SELAMAT BERHUJUNG MINGGU.

Thursday, 18 October 2012

Senduk, Kuali Belanga.



Assalamualaikum.

           Alhamdulillah akhirnya siap jugak blog saya. semuanya atas bantuan dari penulis blog "Lantera Timur". abg sayang kamu sayang. Terima Kasih sekali lagi kerana memberi sokongan kepada suamimu ini. Kepada Ayahnda Chef Elias Bin Salleh anaknda sangat sayang ayah.
           Ilmu memasak yang saya perolehi kesemuanya dari Ayahnda saya sendiri. Beliau ialah seorang Raja Nasi Malaysia yang telah pun diiktiraf oleh seluruh Group Chef di Malaysia. Terima Kasih juga kepada semua pembaca-pembaca blog yang datang berkunjung ke laman blog saya ini. Sebarang komen atau pandangan atau nasihat atau sebagainya bolehlah ditinggalkan didalam ruangan komen blog ini.
           InsyaAllah, dalam tempoh terdekat ini juga saya akan mengadakan kelas atau bengkel masakan bersama Raja Nasi Malaysia kita Chef Elias. Saya akan memberi tahu perkembangan tentang program ini dari masa kesemasa melalui laman blog saya. Sekali lagi terima kasih kepada Isteri, Ayah dan semua yang berkunjung ke blog saya.


Wassalam. 

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi.





Masakan untuk 2-3 orang makan.

Bahan-bahan

500 gram Daging di hiris dan bersihkan.
3 batang Serai di titik.
2 biji Kentang di potong Wedges.
2 helai Daun Kunyit di buang tengah (batang).
10-15 batang Cili Padi di buang tangkai.
Kunyit Hidup sebesar ibu jari.
1 sudu besar serbuk Kunyit.
4 sudu besar Kerisik.
Garam dan Serbuk Perasa secukup rasa.
1 Cawan Minyak Masak.
2 kg Santan Segar
**santan kotak dan Susu Sejat (susu cair) juga boleh digunakan tetapi rasa pada masakan akan ada sedikit longgar.

Cara-cara

 Cara 1:

-Toskan danging yang telah dicuci dan di gaul rata dengan serbuk kunyit, dua cubit garam dan 1 cawan minyak masak. perap selama 5 minit.
-Nyalakan Api Pemanggang dan panggang atau salai sehingga naik masak.
**Jika tiada pemanggang anda juga boleh menggunakan Ketuha / Microwave dengan suhu bakar 180 darjah selsius selama 30 minit.

Cara 2:

-Kisar Cili Padi dan Kunyit Hidup sehingga lumat.
-Panaskan Periuk atau Kuali dan Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Biar sehingga mereneh.
-Masukkan Daging yang telah dipanggang dan di kacau rata.
-Masukkan Serai yang telah dititik dan daun kunyit.
-Setelah mereneh masukkan Santan, Kentang, garam dan serbuk perasa. (Sentiasa kacau masakan bagi mengelakkan santal bergentel / pecah).
-Masukkan 4 sudu besar Kerisik dan kacau hingga rata.
-setelah mendidih sedia untuk dihidangkan.
**Cili Merah dan Cili Hijau boleh digunakan sebagai penarik selera.


Tuesday, 16 October 2012

Udang Tumis Cili Bawang Berkuah





Bahan-bahan

Bahan A

Udang 500 g
5 Labu Bawang Merah 
3 Ulas Bawang Putih
4 Batang Cili Merah
4 Batang Cili Hijau
3 Batang Cili Padi
6 cm Halia

Bahan B

1 Biji Tomato (potong 8)
1/2 Cawan Air Asam Jawa
Garam
Serbuk Perasa
Minyak

Cara-cara

- Basuh udang dan tos kan
- Kesemua bahan A dihiris.
- Panaskan minyak sebanyak 3 sudu besar.
- Apabila minyak panas, tumiskan kesemua bahan A sehingga naik bau.
- Masukkan udang dan air asam serta garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Apabila mendidih, masukkan tomato
- Gaulkan sehingga rata
- Masakan sedia untuk dihidang

**jangan masak udang terlalu lama kerana akan menyebabkan udang menjadi keras dan hilang rasa manisnya.